Bekas : Bekas plastic yang kedap udara.
Ramuan:
Air, sisa buah-buahan
dan sayur-sayuran,
gula( gula perang, molasses
atau gula kasar )
Ramuan
|
Kadar
|
Contoh 1
|
Contoh 2
|
Contoh 3
|
Gula
|
1
|
1KG
|
2KG
|
0.5 KG
|
Sayur-sayuran/
Buah-buahan
|
3
|
3KG
|
6KG
|
1.5 KG
|
Air
|
10
|
10 LITER
|
20 LITER
|
5 LITER
|
Langkah-langkah membuat enzim
sampah dapur
Cara-cara
membuat enzim sampah dapur
1
Gunakan bekas plastik kedap udara.
2
Larutkan gula di dalam air seterusnya masukkan
sisa sayuran dan sisa
buah-buahan.
3
Simpan sedikit ruang di dalam bekas plastik
untuk proses pemeraman.
4
Tutup serapat yang boleh.
5 Pada bulan pertama
gas tindakbalas proses pemeraman
akan
terhasil.
6 Bebaskan tekanan
yang terbentuk di dalam bekas plastik
untuk
mengelakkannya dari pecah.
7 Sekali sekala
tekan sisa buangan yang timbul ke dasar bekas
plastik.
8 Simpan bekas
plastik di dalam tempat yang sejuk, kering dan
ada pengudaraan
sempurna.
9 Elakkan sinaran matahari terus dan biarkan
ia terperam
selama
3 bulan sebelum boleh digunakan.
Perkara-perkara
yang perlu ambil perhatian
1.
Jangan menggunakan bekas kaca atau logam yang
tidak boleh mengembang.
2.
Sisa buangan untuk membuat enzim tidak
termasuk kertas, plastik, logam atau bahan kaca.
3.
Elakkan penggunaan sisa makanan yang
berminyak seperti sisa ikan atau daging (boleh dijadikan bahan kompos). Cara
untuk menghasilkan enzim yang berbau segar adalah dengan menambah oren, kulit
limau, daun pandan dll.
4.
Warna yang bertepatan untuk Enzim Sisa
Buangan adalah perang gelap. Sekiranya ia berubah menjadi hitam, tambahkan
kandungan gula seperti asal dan mulakan proses pemeraman sekali lagi.
5.
Biarkan lapisan putih, hitam atau perang yang
terbentuk di atas enzim. Sekiranya ada lalat dan berengga di dalam bekas itu,
biarkan sahaja kerana proses kimia enzim akan menyelesaikannya secara
semulajadi. Tutup tudung bekas plastik itu serapat yang boleh.
No comments:
Post a Comment