Pencemaran alam sekitar
Pencemaran bermaksud
kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, haba, cahaya dan tenaga ke dalam
alam sekitqar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan
kesihatan manusia, mengamcam sumber alam dan ekosistem, dan mengganggu ameniti
dan kegunaan halal alam sekitar.
Terdapat beberapa bentuk
pencemaran yang mengancam bumi iaitu:
( a ) pencemaran udara
Pmbebasan bahan kimia berbahaya ke
dalam atmosfera seperti karbon monoksida, klorofluorokarbon( CFC ) yang
dikeluarkan oleh kilang atau kenderaan.
( b ) pencemaran air
Kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
Kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
( c ) pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi adalah bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki dan menyebabkan kacau ganggu seperti hingar jalan raya, pesawat dan industri.
Pencemaran bunyi adalah bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki dan menyebabkan kacau ganggu seperti hingar jalan raya, pesawat dan industri.
Punca-punca pencemaran
alam sekitar:
( a ) Sikap individu dan
organisasi yang tidak bertanggungjawab.
( b ) Pembangunan secara
tidak sistematik.
( c ) Penggunaan kenderaan
bermotor seperti kereta, motosikal, lori
dan kapal terbang.
( d ) Pembakaran
secara terbuka.
( e ) Membuang sampah merata-rata.
Melalui pendedahan
media massa
KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM
SEKITAR
a) Pencemaran air
- Pencemaran air member kesan kepada kesihatan manusia. Dalam air tercemar mempunyai bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.
- Tumpahan minyak boleh mengancam organisma laut. Ia akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Pembuangan sampah dan sisa toksik akan menyebabkan kematian hidupan laut dan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
- Pencemaran air juga member kesan kepada tanah basah. Pencemaran bahan kimia fosforus akan menyebabkan rumpai air tumbuh dengan banyak dan mengakibatkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
b) Pencemaran udara
- Pencemaran udara memberi kesan kepada manusia terutamanya sistem pernafasan. Ia akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan akan menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
- Pencemaran udara juga member kesan kepada tumbuhan seperti mengalami kerosakan iaitu keguguran daun, pertumbuhan terbantut dan lain-lain. Ia akan menyebabkan kekurangan sumber makanan dan ekonomi terganggu.
- Haiwan juga merupakan mangsa akibat pencemaran udara. Ini adalah kerana udara yang memasuki paru-paru haiwan an makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar.
c) Pencemaran bunyi
- Pencemaran bunyi akan merimaskan, memberi tekanan, menghilangkan pendengaran, gangguan tidur dan kesan buruk lain. Tekanan dan hipertansi merupakan punca utama masalah kesihatan.
- Kesan pencemaran bunyi kepada haiwan adalah menyebabkan tekanan serta meningkat risiko kematian dan mengganggu haiwan berhubung terutamanya berkaitan dengan pembiakan dan navigasi.
- Akhir sekali, pencemaran bunyi akan menyebabkan kematian speseis paus tertentu akibat terdedah kepada sonar tentera yang kuat.
Cara-cara menjaga alam sekitar
Media massa
memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa perlulah
lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu
pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana
masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media
lain.
Melalui kempen alam sekitar
Antara
kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen
kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Dalam kempen-kempen ini masyarakat
akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga
alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi
pencemaran kepada alam sekitar.
Melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai
rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu
Pendidikan
alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam
pelajaran Alam dan Manusia. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin
terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting
supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada
pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Di peringkat tinggi,
pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar
berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini
Melalui penggunaan teknologi moden
Penggunaan teknologi moden untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi
moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan
efektif. dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti
kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar,
majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan
dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang
tidak sempurna.
thanx for sharing~lets keep the world clean together~
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian maklumat yang membawa manfaat. Marilah kita sama-sama berusaha menjaga alam pesekitaran. ^^
ReplyDeleteMaklumat yang dikongsi amat berguna untuk kita... terima kasih ....
ReplyDeleteGOOD JOB ....
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA BERKONGSI IDEA...
ReplyDeletebagus
ReplyDelete